Pages

Sunday, March 15, 2009

DINAMIK TAIWAN

Kuala Lumpur (05 Mac 2009 China Airline ) - Taipei - Kuala Lumpur (09 Mac 2009 China Airline)

Di KLIA yang sizenya sebesar 72 padang bolasepak.
China Airline, yang mana pramugarinya jelita tapi amat garang
Tempat pertama kami singgah, muzium yang menyimpan perbagai khazanah seni purbakala dan kebangaan warga Taiwan. Salah satu benda yang termahal di dunia ada dalam muzium ni...jade yang berbentuk lobak-berwarna hijau..Item yang ke 3 termahal di dunia..rasa2nya kalau ambik benda ni-boleh la beli satu negeri.
Diluar muzium, cuaca hujan..dan di sini banyak lembu2 yg berbagai rupa dgn berbagai posisi.
Dari jauh kami datang, sebelum ni Taiwan dah lama tak di limpahi hujan..tapi sesampainya kami hujan tak henti2..beli payung dan raincoat di watson...hari2 main hujan, sangat sejuk bila stokin dan kasut basah. Di Taiwan ni Watson dibuka 24 jam.
Macam2 warna payung yg kami beli- di dataran Martyr's Shrine, memorial peringatan.
Pintu masuk Martyr's Shrine, guard ni selalu je kelip mata.tapi tak pulak gerak walaupun kami sekeluarga bising tahap gaban masa nak ambik gambar ni.
Di Jiu Fen, pekan di puncak bukit timur laut Taiwan, di sini angin sangat sejuk dengan hujan yang lebat..banyak gerai2 menjual benda2 tradisional dan makanan...busuk ! Anjing berbagai saiz banyak kat sini..semuanya kuyup
Banyak gerai yang jual kasut/wadges buatan tangan..rasa sgt menyesal tak beli wadges yg cantik kat sini..eeeeeee, masih lagi teringat ni....
Hari ke dua kami menginap di Shangri-La Leisure Farm- ladang yg terletak di tanah tinggi yg amat cantik permandangannya...tapi hujan masih lagi lebat dan tak berhenti2
Aktiviti memetik buah di ladang tak dapat di laksanakan..dan sebagai aktiviti gantian, kami dibawa ke tempat untuk aktiviti kraftangan...ha ha kami semua buat ulat bulu...seronok juga..papa buat ulat bulu handsome..mama buat ulat bulu gemuk..mia punya ulat bulu nampak mcm garang.
Jalan2 dalam farm ni lebih senang tanpa pegang payung..raincoat amat berguna.
Disini hujan disertai dengan buih2 sabun.

No comments: