Pages

Sunday, November 30, 2008

REMODELING

American chocolate yang amat lazat, dah berkeping2 masuk dalam perut hari ni..hasrat di hati nak rampingkan pinggang tergendala.

SOMETIMES PISANG GORENGS ARE THE BEST

Semalam dah lenguh kaki berjalan, so hari ni kita dok kat rumah je la kan!
Di petang hari yang tanpa hujan, jom kita goreng pisang.
Untuk manusia yang malas, kita hanya perlukan tepung goreng pisang adabi untuk mengoreng pisang. Cuma sediakan mangkuk besar untuk membancuh tepung dan beberapa biji pisang nangka kegemaran ku. Ok, sekarang mia boleh kupas pisang, mama panaskan kuali.
Bila minyak panas, kita aturkan pisang secara rawak penuh sekuali. Disebelah pisang yang sedang digoreng tu, seperiuk sup tulang yang telah direnehkan sejak 3 jam lalu untuk makan malam.
Juadah minum petang dah siap, sepiring pisang goreng, 2 biji pisang sira dan hot jasmine green tea untuk 2 perempuan jelita menjamu selera sambil nonton cerita suster ngensot di chanel 122, ngeri la weh cerita seram indon ni.

BABY DAY OUT

Semalam kami ada baby girl. Baby Aqila baru 2 bulan umurnya. So comel, sambil minum susu pandang senyum2.
Minum susu dengan amat perlahan sangat, mata dah hampir layu-mengantuk.
Alamak, bila kami letak dalam prem baby Aqila terus menangis, dengan penuh perasaan. Huh body je kecil, tapi suara sangat la kuat. Satu floor Parkson boleh dengar. Macamana ni, Mia? Dia kencing kot?
Ok, kita tutup prem selimutkan dia- mia bawa dia pusing2 ye..boleh mama tengok2 baju kot2 ada yang berkenan kat sini.

Saturday, November 29, 2008

HELLO, LITTLE KIKI

This is KIKI, pet terbaru belaan Mia. Online game dari facebk. Bela KIKI ni perlu kena beri semua keperluan, kalau tak kebuluran dia-bagi makan, mandi, bawa gi stadium-lari2, dapat piala boleh beli barang2 dalam rumah.
Kalau kurang makanan, KIKI jadi weak & kalau tak bersihkan - KIKI jadi busuk.
Tuan punya KIKI ni pun selalu mandi lambat, petang kalau tak kena jerit tak masuk bilik air.

GOOD-BYE, SELF-HELLO, HIGHER PLACE

Thank you AZTECH ! Dengan wireless broadband router, kami tak perlu lagi bergilir2 nak guna internet. Ha ha ha, kami sungguh gembira.Kini kami boleh online berduet., sama2 tanpa perlu tunggu2. Ha ha ha, gembira, kan?

Tengok Beckham dan Horsie pun boleh online sama..Ha ha ha mereka pun gembira !
Kini, semua orang dalam rumah sungguh gembira. HA HA HA.

Friday, November 28, 2008

SHINE, RAINNY BLUES

Cantiknya awan tompok2 cerah. Silau mata i berjalan2 di tengah panas.
Dan petang, nampak awan2 dah tukar jadi gelap...nak jadi gulita.

Ala, masa balik kerja hujan turun mencurah2 dah, siap pakej dengan petir sekali. Hajat di hati nak singgah Bangsar beli chocolate cake yang mia teringin nak makan, tapi mengenangkan peristiwa manhole tercabut masa hujan lebat dulu, ngeri la weh kawe nok singgah gi Bangsar maso huje ribut banjir nih. Besok je la ye beli chocolate cake.



Tapi ada juga yang sangat suka makan japanese cheese cake, kan?



HITTING THE EDGE

Ini adalah sebentuk gigi geraham yang luruh sendiri, dah lumrah alam bila umur meningkat maka gigi susu akan tertanggal sendiri.

Bila dah tanggal, ruang akan menjadi kosong. Tapi yang nak tumbuh dah siap stand by nak keluar. Maka jangan mengelat nak gosok gigi bila nak tidur, yang nak tumbuh tu hanya sekali je keluar, tiada dua tiga empat kali.

Thursday, November 27, 2008

STEPPIN' OUT WHEN YOUR DOG ARE BARKING

I, Chihuahua..dog ni dari Beverly Hills sesat kat Mexico.

Bolt, cerita pasal anjing jugak..nampak dari poster ni macam cerita dog yang lari kejar mengejar.

Ala, ni sayang mama ni...
Lari jugak ke? Tapi Mumble, tak guna nak menyorok la...awak tu gemuk, kami nampak la

INS AND OUTS OF CONVERSATION

Untuk umat Kelantan @ geng 03, kami akan dibekalkan kad perakuan nikah yang mirip kad pengenalan, tapi kad ini hanya untuk generasi baru je, yang umat2 yang dah lama kawin zaman2 dulu kala, mana adanya kad perakuan yang macam gini, size surat nikah sama besar dgn size paper A3.

Kad perakuan nikah, seksyen 26 Undang-Undang Keluarga Islam 2002 diberi nama e nikah. Dibelakang kad ni segala maklumat suami-isteri lengkap perisiannya.
Untuk makluman, pemunya kad diatas adalah Mohd Haswadi bin Mustaffa dan isterinya Safarina binti Muhammed yang tarikh nikahnya pada 11-03-2008 dan tarikh kad dikeluarkan pada 21-10-2008. (lembabnya kakitangan jabatan buat kerja!).
Pesanan penting dari jabatan adalah :-
Sesiapa yang menjumpai kad ini hendaklah menyerahkannya kepada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Ruju' orang Islam Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Dan untuk tanda niaga atau papan tanda, kami di Kelantan perlu dahulukan dengan tulisan jawi sebelum tulisan rumi atau tulisan orang putih.
Di Negara kami ni, kami daulatkan penggunaan bahasa jawi.....

http://www.cuti.com.my/album/albums/userpics/13158/signboard~0.jpg


WHAT KIND OF CRACK IS THAT?



Mumble dah banyak naik berat badan menjak2menjak ni, Dr Saudi dah nasihat tukar makan sbb katanya BlackWood jadikan perut dia boyak...atau kata lainnya perut BONCIT..tapi perut boyak pun..Mumble tetap nampak cute.
Kan, Mumble?
Malam ni Mumble nak tidur dengan mama?

Sunday, November 23, 2008

ITCHY PUFF

Tak tahu kenapa, lepas tengok wayang @ Alamanda, tetiba seluruh badan gatal yang tahap yang tak boleh di gambarkan...maka menjalar la tangan menggaru2 seluruh badan yang tercapai.

Terus ke Pusat Rawatan Islam Az Zahrah... 99001-pesakit pertama di dinihari.
Jumpa doktor, kurang dari 3 minit je...benci kalau jumpa doc yang jenis acuh tak acuh layan pesakit..dapat satu injection, ubat makan dan ubat sapu..bilnya cuma RM55.50. TQ Doc

Saturday, November 22, 2008

PARK AT YOUR OWN RISK

Blue little cube ini terletak di persimpang jalan dekat Sime Darby @ Jalan Sultan Ismail.

Bila kita tengok betul2 blue little cube ini adalah TANDAS AWAM - DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR. Dan cuba sejenak pikir, jabatan yang berkenaan di DBKL tak buat kajian ke sebelum menetapkan lokasi tandas awam ini. Dah la kedudukannya dua tiga jengkal tepi traffic light yang sentiasa sibuk, pintu automatik tandas ini juga menghala ke jalan raya, dibuatnya tetiba pintu terbuka tanpa di sedari .....emmm tak ke haru? Sudah tentu pihak DBKL telah mengeluarkan banyak perbelanjaan untuk membina kemudahan kepada umum, tapi pasal la kajian tidak dilakukan dengan betul.....Tapi rasanya kalau ikutkan akal yang waras pun kita boleh nampak kedudukan kebanyakan tandas awam milik DBKL ini kebanyakannya tidak logik. Agak2 kalau ada pihak yang kaya raya dengan pembinaan tandas awam ini, pikirlah juga logiknya penempatan tandas-sekurang2nya boleh diguna pakai oleh warga ramai dengan selesa dan selamat.

Go to fullsize image
THIS IS THE CUTEST LOO

Monday, November 17, 2008

LEPAKING

Apa Mia buat hari ni kat rumah sepanjang hari?
Mmmmmm, habiskan masa dengan Che Elly

FAV SPOT

Silver tengah leka tengok kenderaan lalu lalang. Selalunya Silver tak ada kesempatan untuk panjat kerusi, lokasi fav untuk tinjau luar.
Tapi Silver masih was2, kot2 ada yg datang serang dr belakang. Ok, pandang belakang, masih belum ada yang datang...
Silver nampak macam2 kenderaan yang lalu lalang depan rumah agaknya.
Pelik ni, mana yang lain2 x dtg kacau Silver.

GOD, POLITICS, EVERYTHING


http://www.geocities.com/pas_batu9/nik-aziz34.jpg




"KITO NAK KENO CARI HARTO SEBANYAK BOLEH, TAPI JANGE SAMPAI HARTO MENGUASAI KITO. MISALNYA KITO MASOK DALE PERAHU DALE LAUT-TAK PO. TAPI BILO KITO DALE PERAHU TU, JANGE BIAR AIR LAUT MASOK DALE PERAHU..KALU AIR LAUT MASOK DALE PERAHU, MAKNONYO HABIH LA KITO. JADI HARTO TU MACE AIR LAUT LA--BIAR ADO HARTO, NOK JADI JUTAWE TAK PO..TAPI JANGE BIAR HARTO KITO TU MASOK DALE ROH KALBU KITO"

OFF THE EDGE - NOVEMBER 2008

Sunday, November 16, 2008

AND GROWING IN THE KNOWLEDGE OF GOD

Kisah menusuk kalbu.....dari blog redmummy

A son says to his father: ‘Dad, would you be willingly to run a marathon with me?’

The father, despite his age and a heart disease, says ‘YES’.

And they run that marathon, together.

The son asks: ‘Dad, can you run another marathon with me?’ Again father says ‘YES’.

They run another marathon, together.

One day the son asks his father: ‘Dad would please do the Iron Man with me?’

Now just in case you wouldn’t know, ‘The Iron Man’ is the toughest triathlon in existence; 4km swimming, then 180 km by bike, and finally another 42 km running, in one stroke.

Again father says ‘YES’

Maybe this doesn’t ‘touch’ you yet by heart … until you see this movie (put on sound!):



HAPPY FEET

Kami tengok amoi2 tengah tukar pakaian kat patung.

We dip, you drip......kami makan ice cream yang lazat.

On the way back ke rumah, hujan maha lebat turun mencurah2.


Sekian untuk hari ini, Selamat Malam

BRIGHT SUNDAY MORNING


Pagi Ahad yang amat bagus, matahari bersinar tanpa tampok2 awan kelabu.

Hasil dari beberapa hari tidak membasuh pakaian, penuh ampaian di belakang rumah.

Maka terpaksa mengantung pakaian di depan, tak boleh lengah2 - buatnya "ku sangka panas ke tengahari, rupa matahari datang sekejap"...basuh semua kain yang kotor, jemur mana ruang yang ada.
Bukan rumah i je gantung baju depan rumah pagi tadi, tengok jiran sebelah pun gantung kat pagar gak ! Oh, kasihan jiran i ni, pagi Ahad lepas maid dia menghilangkan diri dengan segugus kunci rumah, ngeri kan? Nasib baik la, Su yang 4 tahun berkhidmat dengan kami tak pernah buat hal, hanya hobinya yang suka cakap sorang2 kekadang menimbulkan curiga kami,...and she can speak english like u too.....