Pages

Saturday, April 25, 2009

SHE'S TOTALLY NOT GELLIN'

Hari ni hari Sabtu, kami adik beradik hadirkan diri ke bengkel penampilan diri....kami di ajar cara yang betul untuk ber make up. Selepas ber jam - jam di ajar teknik dan taktik untuk meremajakan wajah...kami tetiba je terasa sungguh jelita...ha ha ha ha
Maaf, hidung masih lagi kemik dan kembang-teknik mancungkan hidung tak masuk dalam sessi ni.
Agaknya anak dia tak berapa cam bila mamanya balik dengan muka make up penuh.
Yang ini, tadi nya jadi model yang di solekkan oleh cikgu untuk di tonton dan di tiru oleh kami...bukan dia make up sendiri ni...
Kelas tamat selepas 5 jam-sebanyak 60 bungkus nasi lemak dan 90 biji kuih habis di makan oleh kami semua. Alhamdulillah-terima kasih semua!

THERE'S TOO MUCH BLOOD IN MY CAFFEINE SYSTEM

Cheese cake ni adalah untuk seseorang yg amat suka sangat makan cheese cake mikiojisan-Friday hari tu tunggu sampai ke petang tak muncul2 tiba-frust i.


Sebab tak jugak sampai2, i bawak bali rumah je la...see now the kotak dah kosong-semuanya dah masuk perut i...puas hati .

Tuesday, April 21, 2009

SPEED UP, DARLING

Fuh, Melor ....cantiknya kasut awak!

Inilah kasut yang menjadi iguan mia selama seminggu sebelum berlangsungnya sukan tahunan sekolahnya. Running shoes yang tajam a.k.a spike shoes..jenuh nak cari kasut ni, lenguh kaki tawaf shopping mall-selagi tak dapat selagi tu muka macam tak sudah-muncung berjengkal2.
Sukan tahunan kali ni dah naik taraf, kalau tak setiap tahun murid2 akan bermatching dalam lumpur, ibarat bersukan dalam kandang kerbau. Tahun ni sukan di adakan di mini stadium milik Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri, yang ada trek - tu sebabnya kena ada kasut spike. Bangga sungguh dapat menyarung kasut tajam ni-bergaya mengalahkan ahli sukan negara.
Akhirnya, selepas berpanas separuh hari-Mia berjaya dapat pingat emas untuk acara 4 x 100meter. Syabas-Syabas-Syabas
Pingat emas bergantung megah di leher jaguh.

Nurul - Aisyah - Mia
Pelari terhebat di abad ini.

Thursday, April 16, 2009

CORRECT TECHNIQUE

Dan akhirnya, persetujuan di capai untuk memotong rambut yang serabai rabai tu.
Dan di antara syaratnya...hanya di salon kegemarannya, kena singgah mph beli buku cerita, kena belikan running shoes...
Dan ini hasilnya...tuan punya badan sangat tidak puas hati., katanya dia akan ***** banyak2 supaya rambutnya akan cepat panjang, betul ke boleh?

Friday, April 10, 2009

MY HAND IN THE COOKIE JAR

Kejadian hari Khamis lalu-dari petang sampai ke malam mengadap notebook...tak cukup satu, dua2 di "on" kan, sibuknya mengalahkan jurutera perisian syarikat antarabangsa.
Jam 10.30 mlm baru sibuk nak siapkan homework, bagus kan?
Rupanya masih sekolah lagi, baru darjah 5 ye...

Monday, April 6, 2009




THIS IS A LUV STORY

Sunday, April 5, 2009

LET'S SLEEP TOGETHER

Bila habis makan malam, biasanya kami akan menonton dari atas katil dan di hujung katil , mumble, jenny dan silver masing2 akan masuk dalam bakul masing2. Tepat 5.30am mumble akan kejut kan kami dengan berbagai cara untuk bangunkan kami.
Hari ni semuanya mandi kecuali silver yg berjaya larikan diri bila lihat kawan2nya di kutip sekor2 ke kandang untuk di sabunkan..malam nanti akan di letakkan ubat kutu...semuanya dah wangi & harum.

MALAYSIAN GRAND PRIX 2009


Race di Sepang terpaksa di hentikan disebabkan hujan lebat...basah basah basah..bahaya weh mana boleh lumba. Pihak pengurusan dah tak gunakan perkhidmatan bomoh tolak hujan ke?

Dan Perdana Menteri baru Malaysia telah menyampaikan tropi kepada pemandu Britain, Jensen Button dari Brawn GP, mungkin ini adalah kemunculan pertama PM untuk acara antarabangsa.


Jenson Button yang baru berusia 29 tahun

Jessica Michibata, teman si Jensen Button


Oh, malam nanti nak tonton Benjamin Button

GETTING PERKY

Wah!!!!!!!! kami amat berpuas hati dengan belian vcd kali ni...benda haram, bulan depan boleh la kunjung lagi ke sana...kan yang?
Pertama kali dulu kami ke tempat secret ni..cuba beberapa cerita je..bila terbukti apa yang di kata oleh kata2 manis penjual semuanya benar, maka bolehlah kami berkali2 berkunjung.
New red sandal - tapi jari jemari kaki dah lama sangat tak dihantar service...buruk sangat rupanya bila digandingkan dengan sandal merah ni.

DON'T TRY WALKING WITH YOUR SHOES ON THE WRONG FEET

Ini adalah model untuk memperagakan kasut...tapi model ini pun mengambil kesempatan untuk mempamerkan baju biru cutenya...model ni walaupun tidak popular, tapi banyak menimbulkan kerenah semasa pergambaran ini di jalan kan.
Ini adalah kasut yang perlu di gayakan oleh si model yang tidak popular itu.
Hanya beberapa gaya sahaja yang dibenarkan oleh tuan punya kasut untuk di peragakan oleh si model yang tidak popular...terseliuh kan..susah la pulak
Gambar penuh menunjukkan model hanya menyingsingkan seluar tidurnya untuk mengayakan kasut super hot mamanya.

BLUE SKY IN THE BIG CITY

Tengahari Sabtu makan ikan goreng yg di sajikan dengan penuh gaya...cantik dan sexy sekali ikan ini.
Petang yg hangat di sejukkan dengan jus avacado yg amat lazat...kalau boleh hari2 nak minum air hijau pekat ni.

Perut kenyang-jalan2 secara bersungguh2 untuk mencairkan lemak2 yg tidak diingini.
Ini namanya minuman cinta.

Wednesday, April 1, 2009

WHERE AM I?

Pada suatu petang, lepas ambil mia yang suka pakai baju Man Utd yg di taja oleh AIG mengadu perut yg amat lapar.
Ok, jom kita singgah tempat makan yang baru di buka di kawasan kita ni. Mulanya tak mahu makan nasi lemak, order je rojak..tapi bila nasi lemak sotong yg i order sampai, suap beberapa suap lepas tu bersuap suap tanpa henti masuk mulut budak depan i..akhirnya rojak lebih banyak masuk mulut i. Jus asam boi pun sedap!
Suasana di sini amat selesa dengan pelayan2 yg amat mesra dan makanan yg bagus plus harga yg berpatutan.
http://pics.livejournal.com/kualohchan/pic/00033hdg/s320x240
Dan ini adalah kedai makan asal nasi lemak antarabangsa di Kampung Baru, tahniah kepada pemilik yg telah berjaya membawa perniagaan keluarga ke tahap yg cemerlang.

Masih ingat dengan MURTABAK PAK DIN yg amat glamor dulu?
Masih wujud kah?

MISSED MANNERS

Diatas tu adalah nama jenama barangan kulit yang di jumpai di Taiwan hari tu..kalau ada perasaan tidak suci bolehlah hadiahkan kepada yang berkenaan, lepas tu besoknya tak perlu la datang kerja lagi....ada berani ke?
ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA
ORANG MEMBERI, KITA MERASA