Pages

Monday, February 23, 2009

YOU CAN BET YOUR LIFE!

Good luck, baby
Esok dah start exam formatif 1 untuk tahun 2009
Jom tidur, besok nak exam-tidur kena cukup
Pencil, eraser, ruler dah ada ke?
GOOD NITE, SWEET DREAM

NO FEAR

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0iRNWJq-RPwHyIlvdDeAJGseIR4KVIq134CvPKFgD4bRQ7lQSDl8eJJrUzbgZofJ9I15rnWkUuDYX3QndHxecng9hUGk3R3ZiXk3MEEvDcA43LHamluyF-ihVxJy0ZzGdM7VC1MpjRgU/s400/anak+betong+-+sheila+rusly.jpg

Layan cerita ANAK BETONG tiap hari ni asyik jugak...
http://www1.mstar.com.my/archives/2009/2/1/mstar_hiburan/sheilaspot.jpg

ANAK BETONG ni jauh lebih bagus dari cerita pasangan bomoh yang make up macam panda bear..penjahat ANAK BETONG ni cantik mulus je make up nya..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFYP2RWrLUa9moL87mJH-8MYgzBPbVJY4kLW5I7AQGaSAdl2SYPg7r12NHQIvm6UZmd1vb4KD5_ur-uQXNQgWSvCPRnX815hGCSXPJVaywHZtORhCXuSH4BhqFYRUxlNP7RTlYM4RplB0/s400/keliwon.jpg
Keliwon @TV3 setiap Khamis pun boleh tahan jugak

MORE FUEL IN THE TANK

Seperti biasa, lepas balik kerja ambil mia terus balik rumah..di NPE berselisih dengan train..mia sangat teruja bila nampak badan train tu penuh dengan iklan produk herba yang i selalu diambil setiap hari..dan mia juga setiap hari tanya "mama ...makan ubat ni dah ada apa2 perubahan ke?" "Ada la!"

Kena berhenti di Mobil Sg Besi, nak beli roti untuk sarapan mia esok pagi dan beli quater pounder Mc Donald untuk mia..lapar katanya, malam ni ustaz datang, kalau dah siap2 makan senang sikit..tapi ni FAST FOOD..he he tak pe kot sekali sekala..tadi pun i makan burger dari company ni jugak.
Pasangan ni sgt cool..
satu husband punya satu wife punya..kalau pasangan lain ke ofis dengan kereta masing2, mereka ni ke ofis dengan motor masing2. Tapi kalau i, mana nak letak kasut yg berbakul2 tu, tak campur lagi barang mia..huh huh i cannot like that ha...cannot cannot

WHAT'S NOT IN THERE?

Ingat lagi tak, MARUKU IKAN CAP POPO...gambar baby pakai diaper meniarap ?
Snack ni masih gagah berada di rak pasaraya ternama, zaman i dulu snack ni sungguh popular, setaraf dengan twistes..MARUKU IKAN CAP POPO ni lebih lama dari TORA..err TORA dah tak nampak lagi di pasaran kan? Rasanya macam maruku mamak tapi rasa ikan lebih bukan macam mamak yang lebih rasa curry..Masih ada ramai lagi la pencinta MARUKU IKAN CAP POPO ni..
Apa lagi snack zaman dulu yang masih ada di pasaran?

Sunday, February 22, 2009

DO MIND THE OTHERS

http://worldental.org/images/bad-breath-bacteria-halitosis.jpg
Dah lama juga masalah ni timbul, nak kata ada masalah dental...tak pernah miss jadual check up dengan Dr Halina., tak ada pun gigi reput atau gigi berlubang..
Sekarang, rasanya masalah ni dah dapat diatasi...KINOHIMITSU, Japan D'Tox Tea..yang boleh didapati di farmasi atau watson atau guardian dengan harga bawah RM20-00.
Do you know ?
Though you might have a regular bowel movement once daily basis, chances are your colon and intestine are still coated with some old, gluey, harden wastes which referred as "mucoid plaque". The average individual is carrying between 7 to 25 pounds of mucoid plaque which can contribute innumerable health problems including overweight, skin blemishes, poor nutrition, low immunity, bloating, flatulence and bad breath.


Ini adalah "mucoid plaque" ( ehsan dari googles)
Bayangkan benda tu memang ada dalam perut kita, sisa yang mengeras dan berbau...eeeee


Harap2 tea ni dapat membantu..bibir warna pink cantik, tapi mmmmmmm....malu la kan?


Silver, i punya ada bau ke?
Boleh tahan baunya, Jenny
Jom kita minum D'Tox Tea macam mama, nak?

ROCK-A-BYE, BABY

Mia, tidur la cepat..esok sekolah,bangun lambat nanti kecoh
Mumble tidur dulu la, gd nite!
Malam ni Mia kidnap Mumble, bawa tidur sama.Jenny pulak dah tak hirau dunia, dah terbungkang atas meja merah fav.

Saturday, February 21, 2009

KILL THEM ALL

SILA AMBIL INGATAN DENGGI BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN
DAN LOKALITI INI PERNAH MENCATATKAN KES KEMATIAN
Fogging dilakukan jam 6.30pm, maka kami kenalah tunggu luar rumah...kasihan cats dalam rumah...sesak dada la bau fog ni
Tengok - berkepul2 jadinya masa fogging ni.
Tujuan fogging : *membunuh nyamuk aedes yang membawa virus denggi*mengawal penyakit demam denggi dari merebak.

HAPPY BIRTHDAY

http://www.myjgd.com/jgdi/Holidays_HappyBirthday-lilgoodies-1324141.gif
21 FEBRUARY 2009
Selamat hari ulang tahun kepada Ayahanda tercinta
HAJI MUHAMMED OMAR


Selamat hari ulang tahun adinda tersayang
NUR HALIS MUHAMMED


Sweet sungguh..mereka berdua berkongsi tarikh ulangtahun.

SPRINT THE CHOC ICE CREAM?

Nasib tak de coke kat rumah hari ni, makan ice cream je..kalau coke ada, pastinya akan dicampur ke dalam mug besar maka bertambah2 berat isi padu badan..

KAMPUNG SUNGAI YU, TANJONG KARANG

Panorama diatas tu nampak mcm mendung dan nyaman..tapi hakikatnya bahang haba mampu mencairkan otak..masa ni tunggu kaum lelaki menunaikan solat jumaat..kami dalam perjalanan ke Kg Sungai Yu, Tanjong Karang..seumur hayat belum lagi pernah sampai ke kawasan ini..jauhnya nasib baik tumpang boss..kalau pandu sendiri tak sampai rasanya.
Dah dekat sejam setengah, baru la sampai ke kampung ni...dari jalan besar jauh masuk ke dalam..sampailah ke kawasan sawah padi ni..
Majlis ni adalah hari turun padang menteri kawasan ni melawat dan mendengar masalah penduduknya sambil di gabungkan acara2 yang berkaitan.,dan kami ke sini untuk menyampaikan tiket pernerbangan kepada pelajar2 cemerlang dari kawasan tanjong karang yang mendapat keputusan 5A UPSR tahun lepas. Untuk tahun ni kami akan membawa pelajar2 ni ke HongKong Disneyland yang mana semua perbelanjaan dari wang saku, passport, tiket penerbangan dan penginapan di tanggung sepenuhnya oleh kami. Pelajar2 ini akan terbang ke Hong Kong pada 15 Mac 2009 dan mereka semua tidak sabar menanti tibanya tarikh 15 Mac...ada di antara mereka ni belum pernah ke Kuala Lumpur..dan kesemuanya juga belum pernah menaiki kapal terbang
Tebal sungguh rumput yang kami pijak di tapak majlis ni..panas terik basah lenjun baju.,tapi kami lihat penduduk2 kampung sangat teruja dan bersemangat dapat berjumpa menteri mereka. Dari air muka mereka, jelas terbayang perasaan bangga dapat bersalam dan meluahkan masalah bersemuka dengan wakil rakyat yg dipilih.

Berita majlis ini dilaporkan di Berita Harian 21 Febrauri 2009, Sabtu

Thursday, February 19, 2009

GOLDEN BROWN PUMPKIN

Semangkuk comel labu hasil dari kebun minggu lepas..tadi dah di "sira"..nyam,nyam,nyam
Jgn tiru aksi ini ye..makan dalam bilik atas katil sambil menonton tv, nasib baik tak tarik selimut sekali...makan labu semangkuk kecil sambil partner sebelah layan "rocky bru" melaporkan kemelut politik Perak. Politik kat sana belum stabil lagi eh?

Wednesday, February 18, 2009

STEPPING OUT WHEN UR CAT SLEEPING

Meja merah ikea ni adalah tempat tidur Jenny yang mana yg lain tak boleh kacau.Bila mia masuk bilik untuk tidur, Jenny pastinya akan lelap dulu sebelum mia..Jenny akan tidur sampai pagi tanpa bergerak...penat kot, banyak sangat tidur siang!Jenny tak sabar2 nak tidur, tapi mia biasanya kena jerit dulu baru la tidur..
Tengok...Jenny dah tidur terlentang berdengkur2, tapi mia masih belum lelap mata...
Mumble ni pulak, cat ayah...tidur dalam bakul tepi katil sebelah ayah nya. Bakul ni pun tak de siapa yang berani nak masuk tidur..agak2nya kucing pun ada perasaan hormat sesama kucing, kan? Punya perasan respek terhadap hak milik yang lain. I yang manusia ni pun selalu sangat menceroboh hak yg bukan milik sendiri. he he he, kalau kucing tahu..malu la wehAlamak, sorry Mumble...tadi dah tidur kan? Pasal? Bising ke? Minta maaf ye

CALLING ALL WORTHY WALKERS

Kat lantai tu ada 4 pasang kasut yg senang di sauk dan mesra dengan kaki ku.
Dalam box ni pun ada lagi beberapa pasang yang di humban dan di gali pabila perlu, dan geng2 yg ada dlm box ni kurang mesra dgn kaki ku.. ni semua memang yg ada mcm2 masalah.
Dan semua benda ni ber rumah tangga dalam "my good car".Eh, pasal dalam kereta dia cuma ada 2 benda ni je?

Sunday, February 15, 2009

SINGING CUPIDS

2 singing birds
satu bird yang agak dewasa, satu bird yang nak dewasa

Saturday, February 14, 2009

FASHION FOOTED


Very fashionkan? Tapi rasanya kaki pasti melecet..tadi baru terjumpa kasut ni dalam kotak..beli tahun lepas di beijing...ribu riban harganya ni..isnin depan akan cuba memakai ke ofis..tapi nak pakai apa baju nak match dengan kasut warna warni ni?

HITTING THE TRAIL

Pagi ni ada program gotong royong di kebun.
"bertanam-tanam dahulu...hasilnya kita tuai bersama"
rasanya semenjak-menjak ada kebun ni, tak pernah pun lagi datang menjenguk..ada juga sekali sekala Pak Deris datang hantar sayur-sayuran hasil dari kebun ni ke opis.
Kebun ni tanahnya luas, cuma tumbuh-tumbuhannya yang tak banyak..lokasi? betul2 depan tapak eye on malaysia di taman tasik titiwangsa.
majlis gotong royong bermula jam 7.30am, ramai juga kakitangan yang datang..nasi lemak ada, teh tarik pun ada..dan seperti biasa yang datang lambat ialah SAYA
hasil dari kebun
1 pumpkin bulat, 1 pumpkin leper..boleh di buat "sira"..

Monday, February 9, 2009

U THINK UR WAIST SHOULD BE THE SAME SIZE AS UR WRIST?


Katanya, dua gambar diatas ada persamaan ...
Tak baik mulut yg berkata2 tu

Tak tahu ke, i memang impikan figure macam betty boop..saje la tu dengki..ckap mumble punya *** dah sama lebar macam i...fitnah semata-mata

Oh...lupa...lepas sarapan pada pukul 11am pagi tadi, tetiba roh rajin secara perlahan2 telah meresap masuk...Fer dan Mumble telah berjaya di mandikan dan di dryer secara total..skrang semua haiwan peliharaan dah wangi dan harum macam owner dia, lepas siap lawa2kan haiwan 2 ekor tu, mia ajak keluar-nak beli purse baru....ok siap cepat2, malam ni ustaz datang - tak boleh pulang lewat..jom kita keluar...ha ha ha i like!
Kami dua orang memang ikut jadual yg d rangka, pukul 6.30pm keluar dari shopping mall pulang ke rumah..singgah di petrol station isi minyak-lihat RM yang di bayar 80.80, dari petrol station sebelum tol sg besi ni kerumah lebih kurang 15minit...mmm sempat untuk masak dinner malam ni..
eh, esok dah kerja ye?

LAZY MIND

http://media.bigoo.ws/content/41/268041/Betty-Boop-thumb.gif
Kenapa saya sangat malas..bukan malas sikit2 tapi sekarang ni sangat2 malas..Plannya nak kemas dan buang baju2 yg dah lama dalam almari tu..tapi dah 2 hari cuti dan hari ni dah masuk hari ke 3 satu benda pun belum lagi bergerak..pasal ye? Rugi rasanya dah 2 hari berlalu mcm tu je..hari ni nak buat apa? dah nak pukul 10 am, mia belum lagi bangun, i belum lagi mandi dah 4 jam dok depan tv dengan tangan picit2 remote lompat2 dari satu channel ke satu channel..kalau la awal pagi tadi turun bawah trim pokok2 kemuning kesayangan sambil berckp2 dengan kemuning tu pujuk2 supaya berbunga lebat mcm dulu...tapi dah terlambat seh..matahari dah naik...pergi facial ke? pun malas....nak kena mandi bunga kot ni, buang segala aura2 karat dalam badan...