Pages

Saturday, February 21, 2009

KAMPUNG SUNGAI YU, TANJONG KARANG

Panorama diatas tu nampak mcm mendung dan nyaman..tapi hakikatnya bahang haba mampu mencairkan otak..masa ni tunggu kaum lelaki menunaikan solat jumaat..kami dalam perjalanan ke Kg Sungai Yu, Tanjong Karang..seumur hayat belum lagi pernah sampai ke kawasan ini..jauhnya nasib baik tumpang boss..kalau pandu sendiri tak sampai rasanya.
Dah dekat sejam setengah, baru la sampai ke kampung ni...dari jalan besar jauh masuk ke dalam..sampailah ke kawasan sawah padi ni..
Majlis ni adalah hari turun padang menteri kawasan ni melawat dan mendengar masalah penduduknya sambil di gabungkan acara2 yang berkaitan.,dan kami ke sini untuk menyampaikan tiket pernerbangan kepada pelajar2 cemerlang dari kawasan tanjong karang yang mendapat keputusan 5A UPSR tahun lepas. Untuk tahun ni kami akan membawa pelajar2 ni ke HongKong Disneyland yang mana semua perbelanjaan dari wang saku, passport, tiket penerbangan dan penginapan di tanggung sepenuhnya oleh kami. Pelajar2 ini akan terbang ke Hong Kong pada 15 Mac 2009 dan mereka semua tidak sabar menanti tibanya tarikh 15 Mac...ada di antara mereka ni belum pernah ke Kuala Lumpur..dan kesemuanya juga belum pernah menaiki kapal terbang
Tebal sungguh rumput yang kami pijak di tapak majlis ni..panas terik basah lenjun baju.,tapi kami lihat penduduk2 kampung sangat teruja dan bersemangat dapat berjumpa menteri mereka. Dari air muka mereka, jelas terbayang perasaan bangga dapat bersalam dan meluahkan masalah bersemuka dengan wakil rakyat yg dipilih.

Berita majlis ini dilaporkan di Berita Harian 21 Febrauri 2009, Sabtu

2 comments:

Anonymous said...

salam..
Sungai Yu, Tanjong Karang, Juga berdekatan dengan Kuala Selangor..tempat tanah tumpah darahku...namun info dalam blog ni tersalah..sebab kampung ini bukannya mengusahakan aktiviti sawah padi...malahan masjid seperti ini pun tidak wujud dalam kampung ini...harap blogger perbetulakan kesilapan ini. terima kasih.. ka_marul@hotmail.com

Anonymous said...

huhuhu....
aku pon anak jati kg sg yu.
dah 30tahun dah. sejak bila lak ada sawah padi kat kpg aku ni. tu masjid baru ke?. mmg tersalah info ni. harap betulkan la ye.