Pages

Tuesday, March 31, 2009

BABY STEPS ARE FOR....WELL...........BABIES

Baby nelly dah ada di KL, esok mama nelly dah mula kerja. Dan yg pasti nelly akan mengamuk di siang hari d rumah nanny bila tak dapat *****...or nelly akan jadi baby yg baik-hisap botol, tidur, hisap botol, tidur..
be a good girl

ONCE IN THE BLUE MOON

Lama dah tak demam, tetiba hari ni panas badan-harapnya tidak berpanjangan. Amin

Saturday, March 28, 2009

I'M AWAY

Hari ni, Sabtu 28/03/09-mia ke kem pengawas 2009 di Impiana Resort, Ulu Langat- 2 hari 1 malam.
Cikgu Ragu (sebelah kiri-yg pakai baju merah kuning)-sedang memberi taklimat kepada para peserta. Suara Cikgu Ragu amat jelas dan lantang...dari tahun ke tahun nampaknya Cikgu Ragu dah berjaya menurunkan berat badannya...dah nampak susut sikit.
Bas dah sampai, masing2 dah tak sabar.

Friday, March 27, 2009

EARTH HOUR -280309

What say u ?

Untuk satu jam, mungkin dunia kita yang dah tua ni akan mendapat manafaat dari tindakan kita semua

Sunday, March 22, 2009

MENGUBAH SEMPADAN IMAN

Buku yang amat bagus dibaca..pengalaman seorang insan lemah yang punya kekuatan diri untuk menjayakan diri..amat mengkagumkan. Yang belum ada niat nak mengerjakan haji pun boleh baca...satu perasaan yg baru pasti muncul.

Tuesday, March 17, 2009

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/e/e4/Flag_of_Kelantan.png

Mohon beredar sebentar, pulang ke kampung halaman

Sunday, March 15, 2009

POWER STRUGGLES

Pagi Sabtu ke Ecotec Motor @ Sunway Tech Park untuk servis "my good car".
Buruknya rupa bawah kereta ni...hitam legam mengerutu
Oh...tolong tengok kan ye..pasal kereta ni ada bunyi2 yg tak enak kat depan dekat tayar tu..
Masalah selesai..rupanya batang tu dah sampai masa untuk di tukar...
namanya GM PENDELUM Z18XE

http://motorsportchannel.com/7_auto_section/hicombobil_chevrolet/chevrolet_optra5/images/chevrolet_logo_bkbg.jpg
Sekarang..."my good car" dah sihat kembali...vroom vroom vroom

DINAMIK TAIWAN

Taiwan 101
Mercu kebangaan rakyat Taiwan.
Malangnya keadaan hujan dan berkabus tebal mengagalkan kami untuk melihat permandangan dari atas ini.Awas! perbuatan ini dilarang keras

Dengan teropong ini pun ...permandangan di bawah masih samar2.

DINAMIK TAIWAN

Leofoo Village Theme Park
Theme park ni dah 30 tahun wujud - bertemakan arabian.
Disebelah theme park, ada safari yang mana binatang2nya sihat dan cantik2 belaka.
Alladin -bilik air lelaki Jasmine - bilik air perempuan
Alat ini boleh membuat otot2 dan usus2 bergegar
Flying carpet...hanya kami berempat yg naik benda ni.
Parade yg agak 'happening'-tapi tak ramai yang tonton...kasihan jugak tgk dancer2 yg menari & lompat2.
Theme park dah 30tahun wujud, 5 tahun lebih awal dari Disneyland..tapi pengunjungnya tak ramai..kami di sini pada hari minggu pun keadaannya sungguh tenang..boleh di katakan semua permainan yg ada di sini tak perlu beratur pun...berapa lama lagi agaknya theme park ini boleh bertahan?

DINAMIK TAIWAN

Chiang Kai Sheik Memorial

DINAMIK TAIWAN

Di Pei Kuan Crab Museum, katanya satu2nya museum ketam di dunia ni...tapi tak menarik langsung...suasana yg malap dan bau yg busuk
Ini adalah aktiviti menuju ke tempat makan...makan tak menjadi masalah, sentiasa menepati citarasa...sebabnya-hari2 kami di jamu d restoran thai dan pakistan..lazat dan mengembirakan perut kami.
Taipei Grand Mosque, tak la grand sangat masjid ni, terletak di tengah2 bandar, kecik je saiznya
Payphone booth, warna telephone tu hijau.

DINAMIK TAIWAN

Kuala Lumpur (05 Mac 2009 China Airline ) - Taipei - Kuala Lumpur (09 Mac 2009 China Airline)

Di KLIA yang sizenya sebesar 72 padang bolasepak.
China Airline, yang mana pramugarinya jelita tapi amat garang
Tempat pertama kami singgah, muzium yang menyimpan perbagai khazanah seni purbakala dan kebangaan warga Taiwan. Salah satu benda yang termahal di dunia ada dalam muzium ni...jade yang berbentuk lobak-berwarna hijau..Item yang ke 3 termahal di dunia..rasa2nya kalau ambik benda ni-boleh la beli satu negeri.
Diluar muzium, cuaca hujan..dan di sini banyak lembu2 yg berbagai rupa dgn berbagai posisi.
Dari jauh kami datang, sebelum ni Taiwan dah lama tak di limpahi hujan..tapi sesampainya kami hujan tak henti2..beli payung dan raincoat di watson...hari2 main hujan, sangat sejuk bila stokin dan kasut basah. Di Taiwan ni Watson dibuka 24 jam.
Macam2 warna payung yg kami beli- di dataran Martyr's Shrine, memorial peringatan.
Pintu masuk Martyr's Shrine, guard ni selalu je kelip mata.tapi tak pulak gerak walaupun kami sekeluarga bising tahap gaban masa nak ambik gambar ni.
Di Jiu Fen, pekan di puncak bukit timur laut Taiwan, di sini angin sangat sejuk dengan hujan yang lebat..banyak gerai2 menjual benda2 tradisional dan makanan...busuk ! Anjing berbagai saiz banyak kat sini..semuanya kuyup
Banyak gerai yang jual kasut/wadges buatan tangan..rasa sgt menyesal tak beli wadges yg cantik kat sini..eeeeeee, masih lagi teringat ni....
Hari ke dua kami menginap di Shangri-La Leisure Farm- ladang yg terletak di tanah tinggi yg amat cantik permandangannya...tapi hujan masih lagi lebat dan tak berhenti2
Aktiviti memetik buah di ladang tak dapat di laksanakan..dan sebagai aktiviti gantian, kami dibawa ke tempat untuk aktiviti kraftangan...ha ha kami semua buat ulat bulu...seronok juga..papa buat ulat bulu handsome..mama buat ulat bulu gemuk..mia punya ulat bulu nampak mcm garang.
Jalan2 dalam farm ni lebih senang tanpa pegang payung..raincoat amat berguna.
Disini hujan disertai dengan buih2 sabun.