Pages

Sunday, August 31, 2008

PADA 27.8.2008 LEBIH KURANG JAM 6.45PM, SEMASA SAYA SEDANG MEMANDU KERETA NO XXXXXX DARI JALAN TRAVERS MENGHALA KE BANGSAR. APABILA SAMPAI DI JALAN MAAROF, MASA ITU HUJAN LEBAT DAN BELAKU BANJIR. PENUTUP LUBANG AIR DBKL (PENUTUP MANHOLE) DIATAS JALAN TELAH TERCABUT DI LORONG KANAN. SAYA TERLANGGAR PENUTUP TERSEBUT. SEBUAH KERETA NO BHVXXX TELAH MELANGGAR BELAKANG KERETA SAYA. KEROSAKAN KERETA SAYA PADA BAHAGIAN HADAPAN BUMPER, TANGKI AIR,DRAISHAP,TAYAR KANAN,SPORT LIGHT, BAHAGIAN BAWAH KERETA DAN BAHAGIAN BELAKANG BUMPER, BADAN KERTA SEBELAH KIRI . LAIN-LAIN KEROSAKAN BELUM DIPASTIKAN LAGI

Pengaduan polis (trafik) pada 27 Ogos 2008, jam 2150 oleh IO/AIO - S106649

Begitulah kisah yang terjadi pada 27 Ogos lalu, malang tidak berbau....ku kemalangan
Maka kereta ku di tow ke balai polis Jalan Bandar.., kalau nak kata kereta ku remuk teruk...yang ada di balai tu lebih ngeri...rasa insaf kejap..nasib masih baik, tuan punya badan tak cedera.

Pada pagi 28 Ogos 2008, ke DBKL...buat aduan. Jumpa pegawai undang-undang, penerangan diberikan dengan panjang lebar, dan mungkin ambik masa untuk sediakan dokumen2 yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Nasib baik pegawai DBKL ni jiran setaman rupanya, maka kata bual dan sessi temuramah lebih mesra, harapnya tuntutan dapat di penuhi sepenuhnya.

Tengahari ke workshop, lawat kereta...serah semua dokumen yang diperlukan oleh pihak insuran.
Keadaan di workshop memuaskan hati, harapnya kereta ku dapat diperbetulkan sepertimana yang asal.



SEMOGA NEGARA KITA, MALAYSIA AMAN SENTOSA
SELAMAT HARI MERDEKA


DAN SEMOGA ANAK CUCU KITA AKAN HIDUP SEJAHTERA DI BUMI TERCINTA
SELAMANYA

Sunday, August 24, 2008

Alamak, tak tahu mcmana nak betulkan gambar. Pagi tadi mia bangun awal, nak ikut ke pasar.
Agak lewat hari ni, 8.30am sampai parking dah susah nak dapat. Beli apa yang patut untuk seminggu.
Pernah makan HELLO PANDA @ MEIJI ? Biskut dari Jepun ni sangat sedap..fun filled biskuts treat, filling dengan strawberry, chocolate & vanilla cream. Sambil tengok tv elok kunyah biskut ni.
Thari tadi terbaca buku cerita mia, THE BFG (big friendly giant) by Ronald Dahl. Best jugak cerita kanak-kanak sekarang, tak mcm ceria dulu yang semua jalan cerita lebih kurang sama, sambil baca makan tapai pulut campur icecream vanilla., then tgk cerita EVAN ALMIGHTY,...dan patut pun cerita ni heboh nak di haramkan di msia,,jauh menyimpang dan rosak kan minda kanak-kanak,,..bila TUHAN datang suruh buat kapal dan menari bersama-sama.
Besok sekolah dah mula, mia tidur lambat tadi.......boleh ke mama mia bangun awal besok pagi?
Sabtu, jam 12.30thari keluar dari rumah ke Melaka. Tapi, nak sampai ke Bandaraya Bersejarah tu amat la lama. Tak sangka pulak lebuhraya yang luas dan lapang tu boleh jadi sesak macam padang letak kereta.
Sampai Melaka, kami ke Dr Fish. Mia beli swimmingsuit baru semalam, so hari ni kami berendam dengan ikan-ikan gurra dari Turki.
Dua bulan lepas kami ke mari ikan-ikan ni masih kecil, kali ni dah besar...agaknya dah banyak makan daki-daki pengunjung.....besar yang amat dah,,,,,sakit jugak kena gigit dgn ikan-ikan ni..Tapi mia degil nak berendam lama2,....setakat 1 jam lebih boleh la....mia
Lepas mandi, baru perasan kulit jadi cerah sikit,,,,oh banyak rupa daki2 yang bertempek selama ni...agaknya kalau selalu datang putih melepak jadinya.
Dari Dr Fish, kami singgah makan di IndOdori, Kedai makan Indonesia. Memang makanan di sini best. Otak masak lemak, ikan bakar, gulai pucuk paku & ayam kampung goreng. Mia makan banyak..emmm jus avakado & jus gembira sangat menyegarkan.
Balik ke Bandar Seri Putra, kami ikut jalan lama, singgah rumah mak mertua di Lubuk China. Semenjak mak meninggal, rumah yang punyai 10 bilik tidur ni sunyi sangat.
8 malam kami selamat sampai, lain kali kalau nak berjalan jgn tunggu cuti sekolah-banyak rugi masa atas jalan raya. Hajat hati nak singgah Jonker Street pun tak kesampaian, kereta berhimpit2 mana nak park kereta,,, i tak nak jalan jauh2..

Friday, August 22, 2008




Cuti sekolah dah nak habis, masih belum sempat ke mana-mana. Moga-moga hujung minggu nanti dapat bawak mia jalan-jalan.