Pages

Sunday, August 31, 2008

PADA 27.8.2008 LEBIH KURANG JAM 6.45PM, SEMASA SAYA SEDANG MEMANDU KERETA NO XXXXXX DARI JALAN TRAVERS MENGHALA KE BANGSAR. APABILA SAMPAI DI JALAN MAAROF, MASA ITU HUJAN LEBAT DAN BELAKU BANJIR. PENUTUP LUBANG AIR DBKL (PENUTUP MANHOLE) DIATAS JALAN TELAH TERCABUT DI LORONG KANAN. SAYA TERLANGGAR PENUTUP TERSEBUT. SEBUAH KERETA NO BHVXXX TELAH MELANGGAR BELAKANG KERETA SAYA. KEROSAKAN KERETA SAYA PADA BAHAGIAN HADAPAN BUMPER, TANGKI AIR,DRAISHAP,TAYAR KANAN,SPORT LIGHT, BAHAGIAN BAWAH KERETA DAN BAHAGIAN BELAKANG BUMPER, BADAN KERTA SEBELAH KIRI . LAIN-LAIN KEROSAKAN BELUM DIPASTIKAN LAGI

Pengaduan polis (trafik) pada 27 Ogos 2008, jam 2150 oleh IO/AIO - S106649

Begitulah kisah yang terjadi pada 27 Ogos lalu, malang tidak berbau....ku kemalangan
Maka kereta ku di tow ke balai polis Jalan Bandar.., kalau nak kata kereta ku remuk teruk...yang ada di balai tu lebih ngeri...rasa insaf kejap..nasib masih baik, tuan punya badan tak cedera.

Pada pagi 28 Ogos 2008, ke DBKL...buat aduan. Jumpa pegawai undang-undang, penerangan diberikan dengan panjang lebar, dan mungkin ambik masa untuk sediakan dokumen2 yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Nasib baik pegawai DBKL ni jiran setaman rupanya, maka kata bual dan sessi temuramah lebih mesra, harapnya tuntutan dapat di penuhi sepenuhnya.

Tengahari ke workshop, lawat kereta...serah semua dokumen yang diperlukan oleh pihak insuran.
Keadaan di workshop memuaskan hati, harapnya kereta ku dapat diperbetulkan sepertimana yang asal.


1 comment:

Anonymous said...

nak tangok gambar kereta tu?...entah-entah i kat depan u...entah-entah kat belakang...entah-entah...saya jiran awak....entahlah...