Pages

Saturday, October 11, 2008

RUMAH SAKIT

Sila pastikan kenderaan anda berkunci ye..

Pastikan langkah yang selamat...

Wah ! Kita sekarang berada di Hospital Ampang Puteri, (sebenar peristiwa ni terjadi pada Khamis lepas). Melawat abang ipar yang terkena denggi. Raya hari tu mereka dah demam satu family, gi check up di klinik, tapi result lambat dapat. Sbb ingatkan demam biasa, beraya la ke Ipoh, sampai Ipoh baru dapat call dari klinik yang mereka husband/wife +v denggi, dah tu kenalah tinggal di wad di Hospital Ipoh. Hari Selasa lepas bawa balik ke KL, masukkan ke Ampang Puteri, senang la sikit kaum kerabat nak melawat kan..

Dah selesai melawat yang sakit, kita ke Ampang Point..tapi kecewanya, kat situ tak ada apa2 yang menarik..Apa kat kita pergi makan nasi lemak pak cik kat tepi SPCA? Dah lama tak makan kat situ...
Mia begitu berselara makan sambil mengayakan jam baru (beli d Ampang Point tadi) . Dah masuk fasa baru, tak mahu pakai jam kartun lagi dah...
Mama, mia nak jam yang tali besi..

No comments: