Pages

Monday, September 8, 2008

COLOR ME GOOD

Ingat kemalangan pada 27 Ogos lalu, yang mengakibatkan"my good car" kena tow. Ha tu la "man hole" yang di langgar pada senja hari tu. Ni i cerita balik ye...hari tu hujan amat lebat, petang ambik che ina d medan tuanku, lalu jalan travers nak ke bangsar ambik mia. Tiba di traffic light dkt dataran maybank nak ke jalan maarof tu, "my good car" di depan sekali masa stop di traffic light. Bila lampu tukar green, jalan...masa tu air dah penuh atas jalan, lepas belok sikit tiba2 penutup "man hole"-sptmana gambar di atas "terberdiri" disebabkan oleh pressure air dari bawah, maka terpaksa la langgar besi padu yang berdiri tu. Hancur luluh bila besi tu koyakkan bahagian bawah "my good car". Lepas dah langgar, satu kelisa malang hentam belakang., lagi terguris perasaan sbb keretanya ranap sebelah.
Bila dah di landa kesusahan akibat kekurangan kereta untuk ke tempat kerja, maka "bos" yang berhati mulia menghantar sebuah kereta buatan german untuk di gunapakai.
Pada hari pertama, petang-dalam perjalanan balik di jalan TAR yang maha sesak tu, kereta german ni breakdown...huh huh gila panic masa tu. Che ina dah sakit perut, mia dah nak menangis, kereta2 kirikanan sibuk je hon///bukan sengaja la kami tak jalan, dah kereta mati nak buat macam mana. Cuba start beberapa kali, nasib baik bila lampu tukar hijau dia tiba2 hidup, maka pecut la kami ke tempat yang tidak menggangu orang ramai. Dapat space di depan dataran merdeka, ha ha masa tu dataran merdeka tengah sibuk dengan kontraktor nak siapkan stage untuk sambutan hari kemerdekaan ke 51. Kami redakan kepanickan, then call sanasini minta bantuan, ok bantuan akan sampai, kami tunggu....lamanya... tak sampai2. Che Ina dan mia diselamatkan dulu, mereka pulang ke rumah. Dah kejadian macam ni battery hp pula habis. Tunggu bantuan lagi,,,,tiba2 nazli sampai-tengok2kan enjin kereta, cuba start tapi kecewa..dah malam nak menjelma tiba2 datang pemuda tlg tengokkan masalah kereta ni..hah dia pun guna kereta buatan german ni yang sama..dengan murah hati dia tolong repairkan dan pinjamkan "tah apa alat" dari kereta dia ke kereta buatan german kami. Katanya "kakak akan selamat sampai ke rumah, besok saya datang ofis kakak ambik balik alat ni, kat sini tak selamat untuk seorang perempuan, bahaya". Oh my God, ada lagi manusia yang berjiwa mulia yang sudi menolong. Dan akhirnya selamat tiba ke rumah tanpa sebarang masalah yang menimpa lagi, dan besoknya kereta buatan german ini di hantar ke workshop dan pemuda tu datang mengambilbalik alatnya yang dipinjamkan ke kereta kami.
(P/S : bantuan yang kami tunggu tak tiba, sbb tow truck yang nak datang ambik kami jumpa satu kereta rosak dalam perjalanan nak ke tempat kami, so dia tow kereta yang dia jumpa/STUPID TOW TRUCK!)

Dan disebabkan perasaan yang tidak stabil bila memandang kereta buatan german tu, kami memutuskan untuk memberikan kereta buatan german itu kepada KING. Yeh,,,kita pakai kereta buatan Amerika pulak sementara menunggu "my good car" siap. Lama lagi agaknya...

No comments: