Pages

Monday, May 4, 2009

ALLEGED OR SUSPECTED OF COMMITTING OFFENCES

Jika Tidak Sampai Kembalikan Kepada :
KETUA TRAFIK PASUKAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA
BUKIT AMAN
50560 KUALA LUMPUR

Tapi :
2 pucuk surat sulit ni sampai la pulak ke pemunya kenderaan W-----

Pemunya kenderaan motor nombor pendaftaran W----- dikatakan atau disyaki telah melakukan kesalahan berkaitan dengan pemanduan kenderaan motor tersebut dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau mana-mana keadah yang dibuat di bawahnya.

Kata-kata nasihat di sampul surat :

"BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU"

terima kasih kerana memberi tawaran mengkompaun kesalahan lalulintas dari Kerajaan Malaysia di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987

mmmmmmm, agak2 kalau i tak bayar kompaun ni boleh tak renew roadtax kelak?

Friday, May 1, 2009

IN ALL WISDOM AND SPIRITUAL UNDERSTANDING

rumah terbakar nampak asapnya, hati terbakar siapa yang tahu

WHILE WE'RE COVERING CHOCOLATE


Alat permainan yang terbaru dalam keluarga kami. Cute, comel dan segalanya.
Ini adalah kunjungan sulung baby cute ni ke kediaman kami.

THIS IS A COMPETITION, NOT A TEST

Qualifying Test For Nasional Level Mathematics Camp 2009

International Mathematics And Science Olympiad 2009
**************************************************************************
Khamis lepas mia jalani ujian kelayakan Kem Kecemerlangan Sains dan Maths Peringkat Kebangsaan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Sekolah.
Macam biasa, mia akan lebih excited...selongkar buku-buku dan buat revision.
Di Wilayah Persekutuan ni seramai 94 orang murid terpilih untuk mendudukki ujian kelayakan ni..
Masa ambil kat sekolah tengahari tu, dari jauh dah nampak muka macam monyok semacam

Macamana?

Kami amat berbangga punya seorang anak seperti ini, ALHAMDULILLAH

Saturday, April 25, 2009

SHE'S TOTALLY NOT GELLIN'

Hari ni hari Sabtu, kami adik beradik hadirkan diri ke bengkel penampilan diri....kami di ajar cara yang betul untuk ber make up. Selepas ber jam - jam di ajar teknik dan taktik untuk meremajakan wajah...kami tetiba je terasa sungguh jelita...ha ha ha ha
Maaf, hidung masih lagi kemik dan kembang-teknik mancungkan hidung tak masuk dalam sessi ni.
Agaknya anak dia tak berapa cam bila mamanya balik dengan muka make up penuh.
Yang ini, tadi nya jadi model yang di solekkan oleh cikgu untuk di tonton dan di tiru oleh kami...bukan dia make up sendiri ni...
Kelas tamat selepas 5 jam-sebanyak 60 bungkus nasi lemak dan 90 biji kuih habis di makan oleh kami semua. Alhamdulillah-terima kasih semua!

THERE'S TOO MUCH BLOOD IN MY CAFFEINE SYSTEM

Cheese cake ni adalah untuk seseorang yg amat suka sangat makan cheese cake mikiojisan-Friday hari tu tunggu sampai ke petang tak muncul2 tiba-frust i.


Sebab tak jugak sampai2, i bawak bali rumah je la...see now the kotak dah kosong-semuanya dah masuk perut i...puas hati .

Tuesday, April 21, 2009

SPEED UP, DARLING

Fuh, Melor ....cantiknya kasut awak!

Inilah kasut yang menjadi iguan mia selama seminggu sebelum berlangsungnya sukan tahunan sekolahnya. Running shoes yang tajam a.k.a spike shoes..jenuh nak cari kasut ni, lenguh kaki tawaf shopping mall-selagi tak dapat selagi tu muka macam tak sudah-muncung berjengkal2.
Sukan tahunan kali ni dah naik taraf, kalau tak setiap tahun murid2 akan bermatching dalam lumpur, ibarat bersukan dalam kandang kerbau. Tahun ni sukan di adakan di mini stadium milik Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri, yang ada trek - tu sebabnya kena ada kasut spike. Bangga sungguh dapat menyarung kasut tajam ni-bergaya mengalahkan ahli sukan negara.
Akhirnya, selepas berpanas separuh hari-Mia berjaya dapat pingat emas untuk acara 4 x 100meter. Syabas-Syabas-Syabas
Pingat emas bergantung megah di leher jaguh.

Nurul - Aisyah - Mia
Pelari terhebat di abad ini.